sbm website pic1-01.jpg

Mengenai Peraduan Saya Boleh Mengarang

Peraduan Saya Boleh Mengarang merupakan sebuah inisiatif hasil kerjasama Pusat Bahasa NUSA dan Pusat Pembelajaran Edufront (Edufront Learning Centre). Peraduan mengarang peringkat nasional ini melibatkan para pelajar di bangku sekolah rendah. Ia bertujuan untuk merancakkan arena kesusasteraan Melayu di Singapura. Dimulakan pada tahun 2015, peraduan ini masih berlangsung atas penerimaan yang baik. Tahun ini, peraduan ini berharap untuk menarik bakat-bakat muda agar menyumbang kepda latar kesusasteraan tempatan.

Peraduan Saya Boleh Mengarang ini menggalakan penglibatan pelajar dalam penulisan Bahasa Melayu. Peraduan ini turut mencabar minda pelajar dalam menghasilkan sebuah penulisan yang menarik baik dari segi gaya penulisan mahupun jalan cerita berdasarkan daya kreativiti mereka.

Selain itu, para pelajar yang terlibat juga mampu menguji tahap kecekapan penulisan mereka dan mengenal pasti sejauh manakah tahap kebolehan mereka dalam menulis. Saingan daripada penglibatan pelajar-pelajar lain juga mampu mendorong untuk meningkatkan tahap keyakinan sekaligus kebolehan mereka untuk menghasilkan sebuah penulisan yang lebih baik.