Saya Boleh Mengarang™

 

Matlamat Program : 

  • Memperkasakan pelajar dengan kemahiran kepengarangan 

  • Menambah keyakinan pelajar dalam menghasilkan karangan yang cemerlang 

  • Memancing minat pelajar untuk berkarya melalui suasana pembelajaran yang menyeronokkan 

 

Rangka Program (boleh disesuaikan dengan keperluan pihak sekolah)

 

1 ) Idea yang menarik :

Mencungkil idea, merangka jalan cerita, menggambarkan  latar, watak dan membayangkan perasaan

 

2 ) Penyusunan yang teratur :

Menyusun karangan, menulis pembukaan yang menarik, mewujudkan saspens, menjalin kaitan antara perenggan dan menulis penutup karangan yang bermakna

 

3 ) Suara penulis :

Mencedok pengalaman sendiri dan menghayati watak-watak sekeliling  untuk menulis dengan suara yang meyakinkan

 

4 ) Pemilihan perkataan yang tepat: 

Memilih kata kerja, kata adverba dan kata adjektif yang tepat dan hebat

 

5 ) Bahasa yang gramatis dan indah:

Mengulang kaji beberapa aspek tatabahasa yang penting serta memberikan pendedahan kepada ragam dan jenis ayat yang berbeza, penggunaan dialog, monolog, peribahasa, bandingan semacam dan lain-lain unsur kesusasteraan

 

6 ) Penyemakan: 

Menyemak, menilai dan memperbaiki sendiri karangan pelajar