Saya Boleh Bercerita

(Bengkel Bercerita - Speech and Drama)

 

www.sayabolehbercerita.com

 

Program SAYA BOLEH BERCERITA™, yang dibawakan khas ke sekolah-sekolah, merupakan pakej pembelajaran lisan yang seronok dan berkesan. Para pelajar akan menguasai teknik-teknik bercerita yang penting untuk meningkatkan keterampilan mereka bertutur dalam Bahasa Melayu .

 

Matlamat program ini adalah untuk:

  • Meningkatkan keyakinan pelajar untuk bertutur dalam Bahasa Melayu

  • Menonjolkan keterampilan pelajar menyampaikan persembahan dalam Bahasa Melayu

  • Memperkasakan Bahasa Melayu pelajar melalui genre yang berbeza

  • Membina asas penciptaan cerita dalam diri pelajar

 

Pihak sekolah boleh memilih antara 3 program menarik dalam siri Saya Boleh Bercerita:

 

1. Saya Boleh Bercerita™ ( Cerita Rakyat )

2. Saya Boleh Bercerita™( Teater Pembaca )

3. Saya Boleh Bercerita™ ( Bintang Kecil )

 

 

✰ Saya Boleh Bercerita™ ( Cerita Rakyat )

 

Program ini mempersiapkan pelajar untuk mempersembahkan satu pementasan lakonan cerita rakyat.

 

Pelajar akan diperkenalkan kepada unsur-unsur lakonan seperti lantunan suara, intonasi, mimik muka dan gerak badan berdasarkan emosi yang berbeza. Melalui sebuah cerita rakyat pelajar juga akan mempelajari unsur-unsur cerita seperti latar, watak, plot . Program ini juga diharapkan dapat menyemai nilai-nilai murni melalui penghayatan kisah-kisah rakyat ini. 

 

✰ Saya Boleh Bercerita™( Teater Pembaca )

 

Pelajar diperkenalkan kepada seni pementasan Teater Pembaca yang mengasah keterampilan membaca. 

 

Pelajar akan dilatih untuk menghayati sebuah skrip walaupun dengan gerak badan yang terbatas melalui lantunan suara, intonasi dan mimik muka yang sesuai. Pelajar mempelajari unsur-unsur penceritaan yang penting seperti perwatakan, ketegangan dan peleraian. Pada akhir program pelajar akan mempersembahkan satu pementasan Teater Pembaca

 

 

✰ Saya Boleh Bercerita™ ( Bintang Kecil )

 

Program ini bertujuan memperkasakan bahasa para pelajar darjah rendah melalui nyanyian. 

 

Pelajar akan dibimbing dari sudut lantunan suara, sebutan baku, mimik muka dan gerak badan yang bersesuaian dengan lagu. Pelajar diperkenalkan kepada penggunaan golongan kata (Kata Nama/ Kata Kerja / Kata Adjektif) secara kreatif. Pada akhir program pelajar akan membuat satu persembahan nyanyian beraksi secara berkumpulan.

 

 

 

IMG_8542.jpg
IMG_1804.JPG