top of page

Peraduan Saya Boleh Mengarang 2016

Peraduan "Saya Boleh Mengarang" 2016 Peringkat Nasional

Pusat Bahasa Nusa menjemput para pelajar Darjah 1 hingga 6 untuk menyertai peraduan “Saya Boleh Mengarang” yang kami anjurkan buat tahun yang kedua berikutan penerimaan yang baik.

 

Matlamat kami menganjurkan peraduan ini adalah untuk:

 

  • Mencabar minda pelajar dalam menghasilkan sebuah penulisan yang menarik, baik dari segi gaya bahasa mahupun jalan cerita berdasarkan daya kreativiti mereka

  • Meningkatkan daya keyakinan pelajar dalam penulisan melalui saingan daripada pelajar-pelajar yang terlibat

 

Pendaftaran boleh dibuat dengan mengisi borang dalam talian selewat-lewatnya pada 15 Julai 2016. Tarikh terakhir bagi penghantaran karangan peserta pula adalah pada 15 Julai 2016.

 

Untuk maklumat lanjut, tuan/puan boleh menghubungi Nur Atikah Suhardjono di HP: 9771 6092 atau melalui emel: atikah@edufront.com.

 

Yang Iskandar Suratty

Pengarah

Pusat Bahasa NUSA

Edufront Learning Centre

Emel: yangiskandar@edufront.com

 

Jenis Penyertaan

 

1) Sekolah* (Hanya untuk penyertaan rasmi dari sekolah untuk pelajar terpilih)

 

2) Persendirian (Dibuka kepada semua pelajar. Pendaftaran dibuat oleh waris pelajar)

 

Kategori-kategori Peraduan

 

A - Darjah 1 dan 2

B - Darjah 3 dan 4

C - Darjah 5 dan 6

 

Hadiah-hadiah

 

  • Semua Peserta

    • Setiap peserta akan menerima sijil anugerah berdasarkan pencapaian mereka, iaitu Gangsa, Perak atau Emas

 

  • Para Finalis

    • Piala Finalis

    • Sijil Anugerah

    • Baucar Edufront $200

    • Baucar Popular Bookstore $20

    • Hadiah Buku

 

  • 3 Peserta Terbaik

    • Piala Kepujian

    • Sijil Anugerah

    • Baucar Edufront $400

    • Baucar Popular Bookstore $50

    • Hadiah Buku

Soalan-soalan untuk peraduan 

“Saya Boleh Mengarang” 2016

 

Arahan: Pilih satu daripada dua soalan yang diberikan untuk setiap kategori.

 

1.    Kategori A (Darjah 1 dan 2):

[Jumlah perkataan : tidak kurang daripada100 patah perkataan]

 

Soalan 1: Tulis sebuah cerita yang bertajuk, “Jika Aku Menjadi Jutawan”.

 

Soalan 2: Tulis sebuah cerita yang bertajuk, "Nasibku Si Telefon Bimbit".

 

2.    Kategori B (Darjah 3 dan 4):

[Jumlah Perkataan: tidak kurang daripada 200 patah perkataan]

 

Soalan 1: Tulis sebuah cerita yang bertajuk, “Wiraku”.

 

Soalan 2: Tulis sebuah cerita yang berkaitan dengan gambar di bawah ini:

3.    Kategori C (Darjah 5 dan 6):

[Jumlah Perkataan: tidak kurang daripada 400 patah perkataan]

 

Soalan 1 :Tulis sebuah cerita yang bertajuk “Tembok".

 

Soalan 2 : Tulis sebuah cerita yang berkaitan dengan gambar di bawah ini: 

 

Syarat dan Peraturan Peraduan

 

Pendaftaran

  • Tarikh pendaftaran: 20 Jun hingga 15 Julai 2016

  • Pendaftaran dalam talian melalui link ini: [Persendirian] atau melalui [Sekolah]

 

Yuran Pendaftaran

  • Peserta di bawah naungan sekolah: $10 seorang 

  • Pembayaran yuran untuk peserta di bawah naungan sekolah boleh dibuat melalui eInvoice (menerusi Vendors@Gov), PayPal/Kad Kredit di lelaman ini atau melalui cek berpalang kepada EDUFRONT dan dihantar melalui pos ke alamat: 

 

Saya Boleh Mengarang 2016

Blk 510 Serangoon North Ave 4

#01-346 Singapore 550510

 

  • Peserta persendirian: $15 seorang

  • Pembayaran yuran perlu dilakukan di lelaman www.sayabolehmengarang.com menggunakan PayPal atau Kad Kredit.

 

Peringkat Saringan

  • Tarikh akhir penghantaran karangan: 15 Julai 2016

  • Penghantaran karangan hanya boleh dibuat melalui emel: sbm2016@edufront.com

 

Peringkat Akhir

  • 15 peserta terbaik daripada setiap kategori akan dipilih untuk peringkat akhir

  • Nama-nama yang terpilih akan diumumkan melalui emel dan juga lelaman 'Saya Boleh Mengarang '.

  • Tarikh: 30 Julai 2016 (Sabtu)

  • Masa: Peraduan akan berlangsung dari jam 9 pagi hingga 12 tengah hari

  • Tempat: Cawangan Pusat Bahasa NUSA di Blk 614 Elias Road #01-120           (S )510614

  • Finalis yang hadir lewat selepas jam 9 pagi tidak akan dibenarkan untuk mengambil bahagian. Berbeza dengan peringkat saringan, peringkat final peraduan ini memerlukan para peserta untuk menghasilkan karangan bertulis.

  • Demi kelancaran peraduan, mohon kerjasam ibu bapa untuk tidak berada di Pusat Tuisyen Edufront @ Pasir Ris sepanjang peraduan sedang berlangsung.

      

 Majlis Penyampaian Hadiah

  • Tarikh: Ahad, 28 Ogos 2016

  • Tempat: TBC

  • Masa: TBC

 

Syarat-syarat Penyertaan

  • Setiap pelajar hanya boleh menghantar sebuah karangan.

  • Setiap sekolah boleh menghantar tidak lebih daripada 3 buah karangan untuk setiap kategori.

  • Setiap karya haruslah asli dan belum pernah dicetak dan disiarkan.

  • Karangan yang dihasil dengan jumlah perkataan yang lebih daripada apa yang ditetapkan akan dinilai sehingga ke jumlah yang telah dihadkan.

  • Pelajar yang mendaftarkan diri di kategori yang salah tidak akan diambil kira. 

  • Karangan perlu ditaip menggunakan perisian Microsoft Word, Arial ataupun Times New Roman, Font 12, langkau 1.5 baris (1.5 spacing) dan kemudian diemelkan kepada alamat: sbm2016@edufront.com

  • Memuat turun muka hadapan dan mengisikan nama peserta, nama sekolah dan kategori peraduan.

  • Sertakan nombor soalan sebelum memulakan karangan dan jumlah perkataan di akhirnya.

Pendaftaran Peraduan SMB 2016

(20 Jun hingga 15 Julai 2016)

 

1) Borang pendaftaran (Persendirian) Setelah membuat pendaftaran secara talian, sila membuat pembayaran yuran pendaftaran melalui PayPal atau Kad Kredit di bawah.

 

 

 

 

 

2) Borang Pendaftaran (Sekolah) [penyertaan rasmi dari sekolah untuk pelajar terpilih sahaja]

 

Setelah membuat pendaftaran secara talian, sila membuat pembayaran yuran pendaftaran melalui eInvoice (menerusi Vendors@Gov), PayPal atau Kad Kredit di bawah.

 

Pihak sekolah juga boleh membuat pembayaran melalui cek berpalang kepada EDUFRONT dan menghantar melalui pos ke alamat: 

 

Saya Boleh Mengarang 2016
Blk 510 Serangoon North Ave 4
#01-346 S (550510)

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Penghantaran Karangan

 

Tarikh akhir penghantaran karangan: 15 Julai 2016

 

Penghantaran karangan hanya boleh dibuat melalui emel ke: sbm2016@edufront.com

Program Sampingan

 

Pihak sekolah boleh memilih 4 program sampingan untuk digandingkan dengan Program Utama kami “Saya Boleh Mengarang":

 

 

 

 

 

Untuk keterangan lanjut sila klik di bawah:

 

 

Profil Pembimbing

 

 

Pembimbing bertauliah kami merupakan guru-guru terlatih NIE yang berpengalaman serta pakar dalam bidang penulisan

 

 

Untuk keterangan lanjut senarai tenage pengajar sila klik di bawah:

Pusat Bahasa NUSA

 

 

Pusat Bahasa Nusa merupakan anak syarikat Edufront Learning Centre yang ditubuhkan pada tahun 2012. Kami menyediakan kelas bimbingan mingguan serta bengkel-bengkel pengayaan.

 

Untuk keterangan lanjut sila klik di bawah:

bottom of page