
Majlis Anugerah SBM 2016
Tetamu Kehormat
Puan Rahayu Mahzam
AP GRC Jurong dan Pengerusi Jawatankuasa Bulan Bahasa 2016
Tarikh: 28 Ogos 2016
Masa: 10 pg hingga 1 ptg
Tempat: Auditorium Perpustakaan Daerah Woodlands
Rakan Kongsi Bulan Bahasa 2016
Peraduan Saya Boleh Mengarang 2016 Peringkat Nasional
Pusat Bahasa Nusa menjemput para pelajar Darjah 1 hingga 6 untuk menyertai peraduan Saya Boleh Mengarang 2016 Peringkat Nasional yang kami anjurkan buat tahun yang kedua. Peraduan ini kini dianjurkan sebagai salah satu acara Bulan Bahasa 2016, anjuran Majlis Bahasa Melayu Singapura.
Matlamat kami menganjurkan peraduan ini adalah untuk:
-
Mencabar minda pelajar dalam menghasilkan sebuah penulisan yang menarik, baik dari segi gaya bahasa mahupun jalan cerita berdasarkan daya kreativiti mereka.
-
Meningkatkan daya keyakinan pelajar dalam penulisan melalui saingan daripada pelajar-pelajar yang terlibat.
-
Mengenal pasti tahap kebolehan pelajar dalam penulisan Bahasa Melayu
Pendaftaran boleh dibuat dengan mengisi borang dalam talian dari 20 Jun hingga 29 Julai 2016. Tarikh terakhir bagi penghantaran karangan peserta pula adalah pada 29 Julai 2016.
Untuk maklumat lanjut, tuan/puan boleh menghubungi Nur Atikah Suhardjono di nombor: 97716092 atau melalui emel: atikah@edufront.com.
Yang Iskandar Suratty
Pengarah
Pusat Bahasa NUSA
Emel: yangiskandar@edufront.com
Jenis Penyertaan
1) Sekolah (Hanya untuk penyertaan rasmi dari sekolah untuk pelajar terpilih)
2) Persendirian (Dibuka kepada semua pelajar. Pendaftaran dibuat oleh waris pelajar)
Kategori-kategori Peraduan
A - Darjah 1 dan 2
B - Darjah 3 dan 4
C - Darjah 5 dan 6
Hadiah-hadiah
-
Setiap Peserta
-
Setiap peserta akan menerima sijil anugerah berdasarkan pencapaian mereka, iaitu Gangsa, Perak, Emas atau Emas dengan Kepujian
-
-
Para Finalis
-
Piala Finalis
-
Sijil penganugerahan
-
Baucar $200
-
Baucar Popular Bookstore $20
-
Hadiah Buku
-
-
3 Peserta Terbaik
-
Piala Kepujian
-
Sijil anugerah Emas dengan Kepujian
-
Baucar $400
-
Baucar Popular Bookstore $50
-
2 Hadiah Buku
-
Soalan-soalan Peraduan
Saya Boleh Mengarang 2016
Arahan: Pilih satu daripada dua soalan yang diberikan untuk setiap kategori.
1. Kategori A (Darjah 1 dan 2):
[Jumlah perkataan : tidak lebih daripada 100 patah perkataan]
Soalan 1: Tulis sebuah cerita yang bertajuk, “Jika Aku Menjadi Jutawan”.
Soalan 2: Tulis sebuah cerita yang bertajuk, "Nasibku Si Telefon Bimbit".
2. Kategori B (Darjah 3 dan 4):
[Jumlah Perkataan: tidak lebih daripada 250 patah perkataan]
Soalan 1: Tulis sebuah cerita yang bertajuk, “Wiraku”.
Soalan 2: Tulis sebuah cerita yang berkaitan dengan gambar di bawah ini:

3. Kategori C (Darjah 5 dan 6):
[Jumlah Perkataan: tidak lebih daripada 400 patah perkataan]
Soalan 1 :Tulis sebuah cerita yang bertajuk “Tembok".
Soalan 2 : Tulis sebuah cerita yang berkaitan dengan gambar di bawah ini:

Syarat dan Peraturan Peraduan
Pendaftaran
-
Tarikh pendaftaran: 20 Jun hingga 29 Julai 2016
-
Pendaftaran dalam talian melalui link ini: [Persendirian] atau melalui [Sekolah]
Yuran Pendaftaran
-
Peserta di bawah naungan sekolah: $10 seorang
-
Pembayaran yuran untuk peserta di bawah naungan sekolah boleh dibuat melalui eInvoice (menerusi Vendors@Gov), PayPal/Kad Kredit di lelaman ini atau melalui cek berpalang kepada EDUFRONT dan dihantar melalui pos ke alamat:
Saya Boleh Mengarang 2016
Blk 510 Serangoon North Ave 4
#01-346 Singapore 550510
-
Peserta persendirian: $15 seorang
-
Pembayaran yuran perlu dilakukan di lelaman www.sayabolehmengarang.com menggunakan PayPal atau Kad Kredit.
Peringkat Saringan
-
Tarikh akhir penghantaran karangan: 29 Julai 2016
-
Penghantaran karangan hanya boleh dibuat melalui e-mel ke sbm2016@edufront.com dan sayabolehmengarang@gmail.com
Peringkat Akhir
-
15 peserta terbaik daripada setiap kategori akan dipilih untuk peringkat akhir
-
Para finalis akan dimaklumkan melalui e-mel dan juga lelaman 'Saya Boleh Mengarang '.
-
Tarikh: 13 August 2016 (Sabtu)
-
Masa: Peraduan akan berlangsung dari jam 2 petang hingga 4 petang
-
Tempat: Cawangan Pusat Bahasa NUSA di Blk 614 Elias Road #01-120 (S) 510614
-
Finalis yang hadir lewat selepas jam 9 pagi tidak akan dibenarkan untuk mengambil bahagian. Berbeza dengan peringkat saringan, peringkat final peraduan ini memerlukan para peserta untuk menghasilkan karangan bertulis.
Majlis Penyampaian Hadiah
-
Tarikh: Ahad, 28 Ogos 2016
-
Tempat: Auditorium Perpustakaan Daerah Woodlands (TBC)
-
Masa: TBC
Syarat-syarat Penyertaan
-
Setiap pelajar hanya boleh menghantar sebuah karangan.
-
Setiap sekolah boleh menghantar tidak lebih daripada 3 buah karangan untuk setiap kategori.
-
Setiap karya haruslah asli dan belum pernah dicetak dan disiarkan.
-
Karangan hanya akan dinilai mengikut jumlah perkataan yang dihadkan.
-
Karangan perlu ditaip menggunakan perisian Microsoft Word, Arial ataupun Times New Roman, Font 12, langkau 1.5 baris (1.5 spacing) dan kemudian diemelkan kepada alamat: sbm2016@edufront.com dan sayabolehmengarang@gmail.com
-
Sertakan nama penuh pelajar, kelas, nama sekolah, nombor soalan serta bilangan perkataan.
-
Keputusan pengadil adalah muktamad.
-
Pusat Bahasa NUSA mempunyai hak milik penuh ke atas setiap karya yang dihantar.