top of page

Majlis Penyampaian Anugerah Peraduan Saya Boleh Mengarang 2017

2 September 2017

Auditorium Perpustakaan Daerah Woodlands

Tetamu Kehormat
Puan Rahayu Mahzam
AP GRC Jurong dan Pengerusi Jawatankuasa Bulan Bahasa 2017
IMAGE-16
IMG_1966
IMG_1895
IMAGE-27
IMG_1136
IMG_1967
IMG_0654
IMAGE-6
IMG_1138
IMAGE-7
IMG_1480
IMG_9998
IMG_9973
IMG_9803
IMG_9817
IMG_9827
IMG_9842
IMG_1124
IMG_9857
IMG_9794
IMAGE-37
IMG_9764
IMG_9762
IMG_9690
IMG_1502
IMG_1430
IMG_9862
IMAGE-48
IMAGE-44
IMG_1960
IMAGE-5
IMAGE-9
IMAGE-8
IMAGE-11
IMAGE-12
IMAGE-18
IMAGE-15
IMAGE-14
IMAGE-13
IMAGE-26
IMAGE-21
IMAGE-28
IMAGE-41

Dianjurkan oleh

Dengan sokongan

Pendaftaran Peraduan SMB 2017

(22 Mei hingga 14 Julai 2017)

 

1) Borang pendaftaran (Persendirian) Setelah membuat pendaftaran secara talian, sila membuat pembayaran yuran pendaftaran melalui PayPal atau Kad Kredit di bawah.

 

 

 

 

 

 

 

2) Borang Pendaftaran (Sekolah) [penyertaan rasmi dari sekolah untuk pelajar terpilih sahaja]

 

Setelah membuat pendaftaran secara talian, sila membuat pembayaran yuran pendaftaran melalui eInvoice (menerusi Vendors@Gov), PayPal atau Kad Kredit di bawah.

 

Pihak sekolah juga boleh membuat pembayaran melalui cek berpalang kepada EDUFRONT dan menghantar melalui pos ke alamat: 

 

Saya Boleh Mengarang 2016
Blk 510 Serangoon North Ave 4
#01-346 S (550510)

Penghantaran Karangan

 

Tarikh akhir penghantaran karangan: 14 Julai 2017

 

Penghantaran karangan hanya boleh dibuat melalui emel ke:

sayabolehmengarang@gmail.com

Peraduan Saya Boleh Mengarang 2017 Peringkat Nasional

Pusat Bahasa Nusa menjemput para pelajar Darjah 1 hingga Menengah 5 untuk menyertai peraduan Saya Boleh Mengarang 2017 Peringkat Nasional yang kami anjurkan buat tahun yang ketiga. Peraduan ini kini dianjurkan sebagai salah satu acara Bulan Bahasa 2017, anjuran Majlis Bahasa Melayu Singapura.

 

Matlamat kami menganjurkan peraduan ini adalah untuk:

 

  • Mencabar minda pelajar dalam menghasilkan sebuah penulisan yang menarik, baik dari segi gaya bahasa mahupun jalan cerita berdasarkan daya kreativiti mereka.

  • Meningkatkan daya keyakinan pelajar dalam penulisan melalui saingan daripada pelajar-pelajar yang terlibat.

  • Mengenal pasti tahap kebolehan pelajar dalam penulisan Bahasa Melayu

 

Pendaftaran boleh dibuat dengan mengisi borang dalam talian dari 22 Mei hingga 14 Julai 2017. Tarikh terakhir bagi penghantaran karangan peserta pula adalah pada 14 Julai 2017.

 

Untuk maklumat lanjut, tuan/puan boleh menghubungi Cikgu Hayati di nombor: 84288946 atau melalui emel: hayati@edufront.com.

 

Yang Iskandar Suratty

Pengarah

Pusat Bahasa NUSA

Emel: yangiskandar@edufront.com

 

Jenis Penyertaan

 

1) Sekolah (Hanya untuk penyertaan rasmi dari sekolah untuk pelajar terpilih)

 

2) Persendirian (Dibuka kepada semua pelajar. Pendaftaran dibuat oleh waris pelajar)

 

Kategori-kategori Peraduan

 

A - Darjah 1 dan 2

B - Darjah 3 dan 4

C - Darjah 5 dan 6

D - Menengah 1 dan 2

E - Menengah 3 hingga 5

 

Hadiah-hadiah

 

  • Setiap Peserta

    • Setiap peserta akan menerima sijil anugerah berdasarkan pencapaian mereka, iaitu Gangsa, Perak, Emas atau Emas dengan Kepujian

    • Para peserta akan dijemput menyertai program mentor Kelab Karya Pusat Bahasa NUSA

 

  • Para Finalis (12 setiap kategori)

    • Piala Finalis

    • Sijil penganugerahan (Emas - Finalis)

    • Baucar $100

    • Hadiah Buku

 

  • 5 Peserta Terbaik setiap kategori

    • Piala Kepujian

    • Sijil anugerah Emas dengan Kepujian

    • Baucar $200 hingga $400

    • 2 Hadiah Buku

Soalan-soalan Peraduan 

Saya Boleh Mengarang 2017

Arahan: Pilih satu daripada dua soalan yang diberikan untuk setiap kategori.

 

1.    Kategori A (Darjah 1 dan 2):

[Jumlah perkataan : tidak lebih daripada 100 patah perkataan]

 

Soalan 1: Tulis sebuah cerita yang bertajuk, “Akibat tidak Mendengar Nasihat”.

 

Soalan 2: Tulis sebuah cerita yang bertajuk, "Perjalanan Kami Sepasang Kasut".

2.    Kategori B (Darjah 3 dan 4):

[Jumlah Perkataan: tidak lebih daripada 250 patah perkataan]

 

Soalan 1: Tulis sebuah cerita yang bertajuk, “Sahabat Sejati”.

 

Soalan 2: Tulis sebuah cerita yang berkaitan dengan gambar di bawah ini:

 

3.    Kategori C (Darjah 5 dan 6):

[Jumlah Perkataan: tidak lebih daripada 400 patah perkataan]

 

Soalan 1 :Tulis sebuah cerita yang bertajuk “Suatu Kemaafan".

 

Soalan 2 : Tulis sebuah cerita yang berkaitan dengan gambar di bawah ini: 

 

4.    Kategori D (Menengah 1 dan 2):

[Jumlah Perkataan: tidak lebih daripada 500 patah perkataan]

 

Soalan 1 :Tulis sebuah cerita yang bertajuk “Hanyut".

 

Soalan 2 : Tulis sebuah cerita yang berkaitan dengan gambar di bawah ini: 

 

5.    Kategori E (Menengah 3 / 4 / 5):

[Jumlah Perkataan: tidak lebih daripada 600 patah perkataan]

 

Soalan 1 :Tulis sebuah cerita yang bertajuk “Bebas".

 

Soalan 2 : Tulis sebuah cerita yang berkaitan dengan gambar di bawah ini: 

 

Syarat dan Peraturan Peraduan

 

Pendaftaran

  • Tarikh pendaftaran: 22 Mei hingga 14 Julai 2017

  • Pendaftaran dalam talian melalui link ini: [Persendirian] atau melalui [Sekolah]

 

Yuran Pendaftaran

  • Peserta di bawah naungan sekolah: $15 seorang 

  • Pembayaran yuran untuk peserta di bawah naungan sekolah boleh dibuat melalui eInvoice (menerusi Vendors@Gov), PayPal/Kad Kredit di lelaman ini atau melalui cek berpalang kepada EDUFRONT dan dihantar melalui pos ke alamat: 

 

Saya Boleh Mengarang 2017

Blk 510 Serangoon North Ave 4

#01-346 Singapore 550510

 

  • Peserta persendirian: $25 seorang

  • Pembayaran yuran perlu dilakukan di lelaman www.sayabolehmengarang.com menggunakan PayPal atau Kad Kredit.

 

Peringkat Saringan

  • Tarikh akhir penghantaran karangan: 14 Julai 2017

  • Penghantaran karangan hanya boleh dibuat melalui e-mel ke sayabolehmengarang@gmail.com

 

Peringkat Akhir

  • 12 peserta terbaik daripada setiap kategori akan dipilih untuk peringkat akhir

  • Para finalis akan dimaklumkan melalui e-mel dan juga lelaman 'Saya Boleh Mengarang'.

  • Tarikh: 29 Julai 2017 (Sabtu)

  • Masa: Peraduan akan berlangsung dari jam 12.30 petang hingga 5 petang

  • Tempat: Cawangan Pusat Bahasa NUSA

  • Berbeza dengan peringkat saringan, peringkat akhir peraduan ini memerlukan para peserta untuk menghasilkan karangan bertulis.

      

 Majlis Penyampaian Hadiah

  • Tarikh: Sabtu, 8 September 2017

  • Tempat: Auditorium Perpustakaan Daerah Woodlands

  • Masa: 9-1pm

 

Syarat-syarat Penyertaan

  • Setiap pelajar hanya boleh menghantar sebuah karangan.

  • Setiap sekolah boleh menghantar tidak lebih daripada 3 buah karangan untuk setiap kategori.

  • Setiap karya haruslah asli dan belum pernah dicetak dan disiarkan.

  • Karangan hanya akan dinilai mengikut jumlah perkataan yang dihadkan.

  • Karangan perlu ditaip menggunakan perisian Microsoft Word, Font Arial, Saiz 12, langkau 2 baris (double spacing) dan kemudian diemelkan kepada alamat: sayabolehmengarang@gmail.com

  • Sertakan nama penuh pelajar, kelas, nama sekolah, nombor soalan serta bilangan perkataan.

  • Keputusan pengadil adalah muktamad.

  • Pusat Bahasa NUSA mempunyai hak milik penuh ke atas setiap karya yang dihantar.

Program Sampingan

 

Pihak sekolah boleh memilih 3 program sampingan untuk digandingkan dengan Program Utama kami “Saya Boleh Mengarang":

 

 

 

Untuk keterangan lanjut sila klik di bawah:

 

 

Profil Pembimbing

Pembimbing bertauliah kami merupakan guru-guru terlatih NIE yang berpengalaman serta pakar dalam bidang penulisan

Untuk keterangan lanjut senarai tenage pengajar sila klik di bawah:

Pusat Bahasa NUSA

Pusat Bahasa Nusa merupakan anak syarikat Edufront Learning Centre yang ditubuhkan pada tahun 2012. Kami menyediakan kelas bimbingan mingguan serta bengkel-bengkel pengayaan.

Untuk keterangan lanjut sila klik di bawah:

bottom of page