top of page

Sila tekan link ini untuk ke lelaman Peraduan Saya Boleh Mengarang 2021

Peraduan Saya Boleh Mengarang 2019 Peringkat Nasional 

KEputusan RasMI peringkat saringan

sbm 3.jpg
sbm 4.jpg
sbm1.png
sbm2.png
sbm3.png

Peraduan Saya Boleh Mengarang kembali lagi tahun ini!

Pusat Bahasa Nusa menjemput para pelajar Darjah 1 hingga Menengah 5 untuk menyertai Peraduan Saya Boleh Mengarang Peringkat Nasional yang kami anjurkan buat kali keempat.

Matlamat pertandingan ini adalah seperti berikut : 

  • Mencabar minda pelajar untuk menghasilkan sebuah penulisan yang menarik, baik dari segi

       gaya bahasa mahupun jalan cerita berdasarkan daya kreativiti mereka.

  • Meningkatkan daya keyakinan pelajar dalam penulisan melalui saingan daripada pelajar-

       pelajar yang terlibat.

Untuk maklumat lanjut, tuan/puan boleh menghubungi Puan Zuraidah di nombor: 9183 6349 atau melalui emel: zuraidah@edufront.com

GIRL.png
BOY.png

SYARAT PENYERTAAN

  • Hanya untuk pelajar yang bersekolah di Singapura sahaja.

Daftar Sekarang.png

SYARAT DAN PERATUAN PERADUAN

  • Setiap pelajar hanya boleh menghantar sebuah karangan.

  • Setiap sekolah boleh menghantar tidak lebih daripada 3 buah karangan untuk setiap kategori.

  • Setiap karya haruslah asli dan belum pernah dicetak atau disiarkan.

  • Keputusan pengadil adalah muktamad.

  • Pusat Bahasa NUSA mempunyai hak milik penuh ke atas setiap karya yang dihantar.

1. TARIKH PENDAFTARAN DAN PENGHANTARAN KARANGAN

  • Tarikh pendaftaran :  21 Januari 2019 (Isnin) - 2 Mei 2019 (Khamis) *[dilanjutkan ke 9 Mei 2019]

  • Pendaftaran perlu dibuat dalam talian di pautan ini : 

TARIKH.png
  • Tarikh tutup penghantaran karangan :  2 Mei 2019 (Khamis) *[dilanjutkan ke 9 Mei 2019]

  • Karangan perlu dihantar melalui e-mel sahaja ke:  sayabolehmengarang19@gmail.com​ 

  • Karangan perlu ditaip menggunakan perisian Microsoft Word, Arial Font 12, langkau 2 baris (double spacing)

  • Sertakan nama penuh pelajar, kelas, nama sekolah, nombor soalan serta bilangan perkataan.

  • Karangan hanya akan dinilai mengikut jumlah perkataan yang dihadkan.

2. PERADUAN PERINGKAT AKHIR BAGI FINALIS

  • 12 peserta terbaik daripada setiap kategori akan dipilih sebagai finalis untuk peraduan peringkat akhir.

  • Para finalis akan diumumkan di lelaman kami www.sayabolehmengarang.com dan akan diumumkan kepada pihak sekolah melalui e-mel. Keputusan akan diumumkan selewat-lewatnya 30 Mei 2019. 

  • Peringkat Akhir akan dijalankan di cawangan Serangoon North Pusat Bahasa NUSA pada tanggal 9 Julai 2019, Selasa dari jam 2.30ptg hingga 5.30ptg.

  • Peringkat Sekolah Rendah : 2.30ptg hingga 4ptg 

  • Peringkat Menengah : 3.30ptg hingga 5.30ptg

  • Minuman dan makanan ringan akan disediakan buat para perserta pada hari tersebut. 

3. MAJLIS PENYAMPAIAN ANUGERAH

  • Acara kemuncak Peraduan Saya Boleh Mengarang 2019 akan diadakan pada hari Sabtu, 31 Ogos 2019

  • Tempat dan waktu akan diumumkan menjelang hari majlis tersebut.

PERADUAN_2.png

4. JENIS PENYERTAAN

1) Sekolah (Hanya untuk penyertaan rasmi dari sekolah untuk pelajar terpilih)

2) Persendirian (Dibuka kepada semua pelajar. Pendaftaran dibuat oleh waris pelajar)

5. YURAN PENDAFTARAN

  • Peserta di bawah naungan sekolah (e-Invoice): $15 seorang 

  • Peserta Persendirian (Cheque/Paynow):  $20 seorang

    • Pembayran harus dibuat dalam masa 2 hari setelah anda menerima invois daripada pihak kami.                                      

  • Pembayaran boleh dilakukan melalui e-Invoice, cek berpalang kepada Edufront Learning Centre Ptd Ltd atau Paynow UEN: 201823706E

6. KATEGORI-KATEGORI PERTANDINGAN

Peraduan ini dibuka kepada para pelajar peringkat sekolah rendah dan menengah dan akan dibahagikan kepada lima kategori      seperti berikut:

Kategori A - Darjah 1 dan Darjah 2 

Kategori B - Darjah 3 dan Darjah 4 

Kategori C - Darjah 5 dan Darjah 6 

Kategori D - Menengah 1 dan Menengah 2

Kategori E - Menengah 3 hingga Menengah 5 

7. HADIAH-HADIAH BAGI PERTANDINGAN SAYA BOLEH MENGARANG 2019

Setiap Peserta:

  • Sijil Penyertaan

  • Sijil Anugerah berdasarkan pencapaian (Gangsa, Perak, Emas, Emas dengan Kepujian)

  • Kompilasi Karangan 2019

 

12 Finalis Setiap Kategori:

  • Piala Finalis 

  • Sijil penyertaan serta sijil Anugerah (Emas)

  • Baucar $100

  • Kompilasi Karangan 2019

  • Hadiah Buku

5 Peserta Terbaik Setiap Kategori:

  • Piala Kepujian

  • Sijil penyertaan serta sijil anugerah emas dengan kepujian

  • Baucar $200

  • Kompilasi Karangan 2019

  • Hadiah Buku

winning trophies sbm website-01.jpg

SOALAN-SOALAN

PERADUAN SAYA BOLEH MENGARANG 2019

Arahan: Pilih salah satu daripada dua soalan yang diberikan untuk setiap kategori.

 

Kategori A (Darjah 1 dan 2)

[Jumlah Perkataan : tidak lebih daripada 100 patah perkataan]

 

Soalan 1 : Tulis sebuah cerita yang bertajuk: “Satu Peristiwa Yang Tidak Dapat Dilupakan”

    

Soalan 2 : Tulis sebuah cerita yang bertajuk: “Aku Seekor Kucing”

 

 

Kategori B (Darjah 3 dan 4)

[Jumlah Perkataan : tidak lebih daripada 250 patah perkataan]

 

Soalan 1 : Tulis sebuah cerita yang bertajuk: “Kawan Baru”

 

Soalan 2 : Tulis sebuah cerita yang berkaitan dengan gambar di bawah ini:

SBM Pic1 PNG.png

Kategori C (Darjah 5 and 6)

[Jumlah Perkataan: tidak lebih daripada 400 patah perkataan]

 

Soalan 1 : Tulis sebuah cerita yang bertajuk: “Serik”

 

Soalan 2 : Tulis sebuah cerita yang berkaitan dengan gambar di bawah ini:

SBM PIC2.png

Kategori D (Menengah 1 dan 2)

[Jumlah Perkataan : tidak lebih daripada 500 patah perkataan]

 

Soalan 1 : Tulis sebuah cerita yang bertajuk: “Buli”

    

 

Soalan 2 : Tulis sebuah cerita yang berkaitan dengan gambar di bawah ini:

SBM Pic3.png

Kategori E (Menengah 3 / 4 / 5)

[Jumlah Perkataan: tidak lebih daripada 600 patah perkataan]

 

Soalan 1 : Tulis sebuah cerita yang bertajuk: “Bangkit”

 

Soalan 2 : Tulis sebuah cerita yang berkaitan dengan gambar di bawah ini :

SBM Pic4.png
bottom of page